Isnin, Ogos 15, 2011

Ketenangan Ramadhan

assalamualaikum. lamanya saya tak update halaman blog ni. tak tahu nak bagi alasan apa. tak ada alasan kot. hehehe. sekali lagi, sejuta kemaafan saya hulurkan kepada penjenguk-penjenguk blog ini andainya bila dibuka, tiada catatan baru dicoretkan di sini. hinggakan ada yang secara tidak langsung memberi amaran kepada saya untuk mengeluarkan halaman blog saya ini daripada senarai blog mereka andainya tiada catatan dalam masa setahun.. hehehe. jangan marah eh... hmmm... Sedar tak sedar, kita dah berada di pertengahan Ramadhankan? hari ini sudah 15 hari kita berpuasa. Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya baru sahaja Bulan Ramadhan datang bertamu ke dalam diri dan jiwa kita, diam tak diam dah separuh perjalannya dah dia meniti kehidupan kita. benarlah kata pepatah, "setiap pertemuan pasti ada perpisahan". rasanya tak sanggupkan untuk berpisah dengan Ramadhan? namun, itulah hakikatnya, sama ada suka ataupun tidak, Ramadhan tetap akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Dari itu, marilah kita semua berdoa agar kita dapat menjadikan Ramadhan kali ini sebagai titik permulaan untuk menjadi hambaNya yang lebih Soleh, lebih taqwa, lebih beriman dan sentiasa mempertingkatkan amalan kita kepada Allah dari masa ke masa, bukan sahaja di Bulan Ramadhan, malahan ianya berterusan hingga kita dijemput oleh Allah Subhanahu Wataala suatu hari nanti.

Allahu akbar, maha hebat Allah yang sentiasa mengasihani hamba-hambaNya dengan pelbagai tawaran yang dijanjikan dari bulan ke bulan. Cuma tinggal kita je yang nak rebut peluang menyambar setiap tawaran yang diberi ataupun sebaliknya. Allah yang maha hebat telah membuka seluas-luasnya pintu-pintu syurga dan menutup serapat-rapatnya pintu neraka untuk kita. Terpulanglah kepada kita semua sama ada mahu memasuki mana-mana pintu syurga yang disediakan ataupun sebaliknya. Berdoalah kita agar Allah sentiasa menuntun hati kita untuk melakukan berbanyak-banyak kebaikan dan menghindarkan diri kita daripada melakukan walau sedikit maksiat pun. Insya Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

komen sikit...