Selasa, November 17, 2009

BARU AKU TAHU

Baru aku tahu,
Sebab aku cikgu aku hidup selesa,
Sebab aku cikgu aku diterima oleh masyarakat,
Sebab aku cikgu aku dikasihi rakan,
Sebab aku cikgu aku disegani lawan,
Sebab aku cikgu aku dihormati budak-budak,
Sebab aku cikgu aku didikasihi orang tua
Dan Sebab aku cikgulah,
Aku dicintai wanita.

Tapi,
Baru aku tahu,
Sebab aku buta aku segan untuk dibawa berjumpa oleh sang kekasih kepada kawan-kawannya,
Sebab aku buta aku segan untuk dijumpai sang kekasih,
Sebab aku buta aku sukar untuk berjumpa sang kekasih,
Dengan berbagai-bagai alasan yang diberi,
Sebab aku buta aku payah untuk dibawa keluar oleh sang kekasih,
Untuk hanya sekadar bersiar-siar,
Dan sebab aku butalah,
Aku segan untuk dibawa oleh rakan ke tempat ramai.

Kenapa aku cikgu aku diterima oleh masyarakat?
Tetapi,
Kenapa kerana disebabkan aku buta,
Aku terpaksa terima semua keadaan-keadaan itu?
Kenapa sedikit kesenangan yang aku miliki ingin sang kekasih nikmati dan berkongsi bersama-samaku?
Tetapi kenapa diri aku tidak sanggup dimasyhurkannya kepada kawan-kawannya?
Kenapa sang kekasih tidak sanggup mengatakan bahawa “si buta inilah kekasihku”
Kepada kawan-kawannya dengan bangga!

Apakah sebenarnya kehendak sang kekasih ini?
Adakah semata-mata kerana sedikit kesenangan yang aku miliki ingin dipunyaiku,
Ataupun diriku sendiri?

Kalaulah diriku yang ingin dimiliki
Kenapa tidak sanggup sang kekasih lakukan semua itu?
Aku tidak perlukan kesenangannya!
Cukup sekadar orang tahu bahawa akulah kekasihnya.
Cukup!!!!!!
Tak perlu lebih daripada itu!!!

Mungkin diriku tidak perlu dipunyai sang kekasih,
Cukup sekadar sedikit kesenangan yang aku miliki dikongsinya.
Kalaulah “diriku” yang ingin dipunyai
Dan bukannya kesenanganku,
Orang lain lebih layak untuk dirinya.

Aku apa ada?
Sekadar sedikit kesenangan yang orang-orang lain juga mampu memilikinya.

Doctor ke,
Pengurus syarikat ke,
Pengurus bank ke,
Juruterbang ke,
Pegawai-pegawai kerajaan ke,
Pelumba kereta ke,
Ataupun setidak-tidaknya cikgu-cikgu lain yang sama sepertiku,

Tapi yang penting,
Mereka semua tidak buta seperti aku.
Kan???
Betul tak?
Betul tak!!!!!
Hmm… Nasib… nasib......

4 ulasan:

  1. Kekadang kita rasa org ambil kesempatan ke atas diri kita.Tapi inilah yang menunjukkan kita lebih istimewa daripada orag lain.Sukar untuk mendapat penghargaan daripada orang tersayang, maka belailah diri kita dan sayangilah diri kita seadanya sebagaimana yang telah Tuhan kurniakan. Tuhan tidak akan menurunkan sesuatu uian itu melainkan DIA tahu kita mampu menghapadinya.
    Semoga sejahtera dan ceria selalu dengan apa yang ada di samping kita.. AMIN

    BalasPadam
  2. Bersabar.. kata kunci kita masih berada di bumi Allah..

    BalasPadam

komen sikit...