Rabu, Ogos 27, 2025

Ringkasan Hari Ketiga Kursus Penulisan

Hari ni kursus dimulakan dengan fasilitator membacakan sebahagian lagi cerpen para peserta yang tak dibacakan dan diberi komentar pada hari kedua. Antara cerpen yang mendapat komentar pada hari ini adalah  termasuklah cerpenku yang bertajuk `24 Mei` yang boleh dibaca melalui  https://nadimelor.blogspot.com/2025/08/24-mei.html

Banyak komentar positif yang dilontarkan oleh Tuan S.M. Zakir terhadap cerpenku yang memberi semangat untuk aku terus menulis pada masa yang akan datang.


Setelah jam 10.30 pagi, fasilitator menamatkan bacaannya dan memaklumkan, Tuan Zakir boleh dijemput ke meja mereka yang belum habis dibaca cerpennya untuk mendapatkan komentar bagi menambahbaikkan lagi cerpen tulisan mereka pada masa yang akan datang. 


Kursus diteruskan dengan slot kedua dan ketiga pada hari ketiga ini dengan peserta diminta oleh fasibitator untuk menulis sebuah lagi cerpen yang panjangnya kali ini mininum 1000 patah perkataan. Masih ok lagi dengan arahan tersebut. Kemudian, fasilitator menambah, cerpen yang bakal dihasilkan pada hari ini akan berdasarkan tema. Tema yang dipilih oleh fasilitator adalah Tema Kemerdekaan.


Maka berderaulah darah aku memikirkan cerpen bertemakan merdeka tersebut. Aku bukanlah orang yang mahir sejarah untuk menulis cerita fiksyen berfakta seperti itu. Walaupun hanya cerpen, namun setidak-tidaknya sedikit fakta sejarah perlu diselitkan di dalam cerpen tersebut bagi memenuhi tema merdeka tu kan. Hadoi... Berfikir-fikirlah aku bagaimana untuk mengolah cerpen bertemakan merdeka ini. Jujurnya untuk menulis cerpen bertemakan merdeka pada hari ini, aku terpaksa mendapatkan gambaran sedikit sebanyak dari chat gpt untuk mendapatkan antara cerita-cerita yang boleh ditulis. 


Maka, bermulalah tulisan dan nukilan aku yang tidak seberapa berkenaan merdeka tersebut. Latar cerita daripada Chat GPT aku olah dan aku susun semula mengikut kesesuaian dan meletakkan rasa manusiawi di dalam cerpen tersebut agar ianya tidak terlalu kaku dan tidak nampak terlalu mendatar.


Akhirnya, jam 4.30 kurang lebih, aku berjaya memuatnaikkan cerita aku tersebut di blog ini dan menghantar link cerita tersebut di dalam google form seperti yang diminta oleh fasilitator. Apa yang aku tulis pun aku tak tahulah. Janji ada sebuah cerita yang memenuhi syarat iaitu bertemakan merdeka dan mempunyai 1000 patah perkataan ke atas.


Tip-tip yang diberikan oleh Tuan Zakir dalam ceramahnya semalam pun cuba aku penuhi agar cerita tersebut menjadi seperti yang dimahukan. Kita tengoklah apa yang akan terjadi pulak esok. Babai...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen sikit...