Lepas sarapan mi goreng dan air kopi O pada hari kedua, kursus Penulisan bagi sesi pertama pada hari kedua dimulakan. Bermula hari ini hingga Khamis, slot-slot kursus akan dikendalikan oleh Tuan S.M. Zakir, seorang penulis yang bepengalaman luas dalam bidang penulisan di Malaysia dan seorang pemikir hebat. Dikatakan, pemikirannya telah dibuat seminar bagi mengkaji Pemikiran S.M. Zakir.
Beliau memperkenalkan diri sebagai Syed Mohd Zakir bin Syed Osman yang dilahirkan di Kelantan namun membesar di Pulau Pinang. Bapanya ialah S. Osman Kelantan juga merupakan seorang penulis terkenal yang juga merupakan Sasterawan Negara.
Beliau bersekolah seketika di Kelantan dan kemudian berpindah ke Sekolah Brown Garden serta Penang Free School sebelum berpindah di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Banyak tip yang beliau kongsikan pada slot pertama hari ini. Antaranya, cara bagaimana ingin menjadi penulis berjaya, ciri-ciri cerpen yang menjadi minat pembaca dan gaya penulisan bukan media sosial.
Antara empat langkah penulisan sesebuah cerpen yang menjadi minat pembaca ialah, pertama, sesebuah cerpen perlu mempunyai latar. Latar bermaksud, sesebuah cerita perlu mempunyai tempat di mana cerita itu berlaku, suasananya dan sebagainya.
Kedua, Mencipta suasana. Suasana di dalam cerpen perlulah suasana yang mana pembaca nak tahu, apakah seterusnya akan berlaku dan sebagainya. Ketiga, latar cerita. Sesebuah cerpen menurut Tuan S.M. Zakir, perlu mempunyai latar cerita yang pelbagai, sama ada cerita tersebut gembira, sedih, lucu dan sebagainya. Akhirnya, sesebuah cerpen perlu ada pengakhiran. Sesebuah pengakhiran, jika ada Plot Twist lebih baik dan lebih menambahkan sama ada unsur suspen, marah atau terkejut kepada sesiapa yang membaca cerita tersebut.
Setelah semuanya diterangkan kepada peserta kursus, pada slot kedua, kami diminta menulis sebuah cerpen berkenaan apa sahaja tema, berdasarkan maklumat-maklumat, tip-tip dan info-info yang diberikan oleh Tuan S.M. Zakir sebentar tadi.
Maka, menarilah jari-jemari kami di papan kekunci komputer menghasilkan sebuah karya kerana pada slot ketiga nanti, mereka akan membacakan cerpen kami dan Tuan Zakir akan memberikan komentar beliau bagi menambahbaikkan lagi penulisan kami.
Petang yang mendebarkan tiba jua akhirnya. cerpen kami dibaca seorang demi seorang dan komentar-komentar membina pun dilontarkanlah oleh Tuan Zakir kepada setiap cerpen yang dibaca. Sayang sekali, masa sangat mencemburui kami semua. Cerpen nukilan saya tidak sempat dibaca dan diberi komentar oleh Tuan Zakir. Kecewa juga, namun, dikhabarkan pada slot pertama esok, Tuan Zakir akan menyambung bacaan cerita dan memberikan komentarnya kepada sesiapa yang belum dibacakan karyanya lagi.
Setelah tamat slot pada kursus hari kedua, kami pun diberi ruang dan peluang untuk berehat, menghilangkan penat lelah di minda kerana menghasilkan penulisan di sebelah pagi tadi. Bagi mereka yang telah biasa dengan menulis, tugasan yang diberikan pada hari ini ibarat asam garam pada hari ini. Tapi, bagi saya dan rakan-rakan yang baru menulis, rasanya agak sukar memerah otak bagi menghasilkan idea untuk dicurahkan di atas papan kekunci untuk menjadi sebuah karya yang dinamakan cerpen ini.
Esok kita tunggu pulak apa nak jadi. Babai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen sikit...