Sabtu, Oktober 14, 2017
First Time bawa Keluarga Bercuti
Assalamualaikum. hahaha. Kelakar je tajukkan? first time bawa keluarga bercuti. Tapi tulah hakikatnya. pergi bercuti ke mana? entah. diorang kata nak gi Langkawi. nak gi bila? kata diorang lagi Hari Ahad sampai Khamis. 15/10/2017-19/10/2017. Pergi dengan apa nanti tu? diorang rancang nak gi dengan ETS sampai Arau, naik teksi sampai Kuala Perlis, naik feri sampai Jeti Kuah, naik kereta yang di sewa sampai ke Chenang Rest House. Hamboi, berkenderaan awam betul... almaklumlah, tak pernah pergi bercuti bersama-sama keluarga. Semua rasa teruja, Abi, Ummi, kakak, Abang Ngah, Makcik-makcik diorang dan mungkin tidak ketinggalan Alfatih. dia pun rasa teruja jugak kot walaupun umur baru 6 bulan. hahaha. ke mana la nak berjalan-jalan kat sana nanti. kena cari maklumat dalam alam maya ni tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. dulu masa kawan-kawan sekolah menengah gi Langkawi tahun 1999, saya tak ikut. macam-macam hal. sekarang dah tua baru terhegeh-hegeh nak gi Langkawi. orang lain dah sampai ke luar negara dah bercuti, kau baru nak bawa family gi Langkawi Mi. nasib ler... hahaha. Doakan keselamatan, kesejahteraan dan kemudahan kepada kami sepanjang masa ya kawan-kawan. terima kasih.
Jumaat, Julai 22, 2016
Imbasan Kenangan
Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, tuhan yang telah mengurniakan nikmat dan ujian terhadap hamba-hambaNya.
pelbagai pengalaman manis mahupun pahit telah saya lalui bermula tahun 2013 hingga kini. kenapa dari 2013? sebab akhir sekali mencatatkan pengalaman diri di sini pada September 2013. selepas itu, muncul sesekali sahaja di sini kerana pelbagai alasan yang tidak mahu didengar dan dibaca oleh sesiapa.
Alhamdulillah, berakhirnya tahun 2013, 2014-2016 datang dengan penuh suka duka. Bermula dengan proses-proses membesarkan dan mendidik anak yang baru mencecah 8 bulan ketika itu, ia amat bererti sekali dalam diri saya yang baru pertama kali bergelar bapa ini. Berada sendiri dalam situasi tumbesaran anak ini membuatkan saya menjadi semakin bersemangat untuk melihat permata hati ini berjaya. Pelbagai perancangan diatur bagi memastikan permata hati yang seorang ini mendidikan belaian yang sempurna oleh ibu bapanya. Kerana terlalu teruja, majlis sambutan hari lahirnya pada 20 April 2014 diadakan sesempurna yang mungkin bagi diri saya walaupun si kecil itu tidak mengerti apa-apa lagi berkenaan dengan makna hari lahir. begitulah betapa gembiranya saya dan ibunya.
pada Julai 2014, saya dan isteri dikhabarkan lagi akan berita gembira dengan kehadiran permata hati yang kedua di dalam kandungan. Bermula saat itu rutin menjaga kandungan berulang kembali sehinggalah putera kami selamat dilahirkan. Dia dilahirkan pada 20 April 2015 Masihi bersamaan dengan 1 Rejab 1435 Hijriah di wad bersalin Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. paling mengujakan, tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir kakaknya. Semenjak daripada itu, membesarlah mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan didikan yang saya dan ibunya rasakan sempurna diberikan kepada mereka. Sehingga tulisan ini diterbitkan, umur si kakak asudah mencecah 3 tahun 3 bulan manakala umur si adik ialah 1 tahun 3 bulan.
begitu juga dengan pengajian. segala puji bagi Allah, saya dan rakan-rakan yang sama-sama menyertai pengajian dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan pertama (Jun 2011) telah selamat menamatkan pengajian kami pada Jun 2015 setelah mengharungi pengajian selama lapan semester yang penuh dengan cabaran. Cabaran yang dihadapi bagi saya dan rakan-rakan bukannya calang-calang. Paling menjentik minda sekali bagi saya ialah terpaksa menduduki semula peperiksaan akhir mata pelajaran --- kerana terdapat kebocoran pada soalan peperiksaan yang terdahulu. "Ingatkan dah habis belajar, sekali kena ambil exam lagi daaaa"... kami telah dianugerahkan segulung ijazah pada istiadat konvokesyen IPG pada Disember 2015 di MAEPS Serdang. Namun, setelah penat bersengkang mata belajar untuk menduduki peperiksaan dan setelah penat mengerah keringat demi mendapatkan segulung ijazah, majlis konvokesyen yang diidam-idamkan oleh setiap graduan tersebut tidak dapat saya hadiri walaupun telah membayar semua yang diperlukan oleh IPG. sepertimana firman Allah di dalam al-quran yang antara lain maksudnya, "kamu merancang, Allah juga merancang. dan Allah adalah sebaik-baik perancang".
Saya bergegas pulang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur pada petang hari Isnin 7 Disember 2016, lima hari sebelum sidang kumpulan saya naik ke pentas dalam istiadat konvokesyen IPG, bersama-sama keluarga dan adik tercinta setelah dikhabarkan menerusi panggilan telefon oleh emak akan kesihatan abah yang sudah semakin merosot. Tibanya saya di rumah jam 3.30 pagi pada awal pagi Selasa, aabah sudah tidak mampu bercakap lagi dengan lancar. tiada lagi butir bicara abah yang mampu saya fahami sejurus saya berada di sisinya. Semenjak daripada itu, saya tidak meninggalkan abah walaupun seketika dan berada di sisinya untuk melakukan apa yang termampu bagi keselesaan abah. semua yang perlu saya lunaskan di Kuala Lumpur mulai saat itu saya sudah sisihkan daripada jadual hidup saya termasuklah menghadiri istiadat konvokesyen yang diidam-idamkan tersebut. Bagi saya, saat ini adalah saat yang paling getir untuk saya hadapi situasi seperti ini. Biarlah saya berada di sisi abah dan berdoa kepada tuhan agar abah diberi kesihatan dan sembuh seperti sedia kala. kakak sulung dan keluarganya dari Kuantan Pahang pun juga turut pulang setelah menerima khabar kesihatan abah tersebut. namun, abah pergi jua buat selama-lamanya pada hari Khamis, jam 6.43 petang, 10 Disember 2015 bersamaan dengan 28 Saffar 1437 Hijrah Sehari sebelum sidang kumpulan saya untuk naik ke pentas bagi menerima scroll dalam istiadat konvokesyen tersebut. Perginya abah menemui tuhannya pada hari dan tarikh tersebut merupakan saat-saat yang paling pilu dalam diri saya selama dalam kehidupan ini kerana tiada apa yang mampu saya katakan melainkan menerima ketentuan pemilik seluruh alam ini dengan redha dan tabah. Walaupun Saya telah diuji dengan kehilangan orang yang amat saya sayangi, namun saya perlu cekal dan tabah menghadapinya kerana saya merupakan lelaki sulung di dalam keluarga selepas dua orang kakak saya. Jika saya lemah, saya yakin, emak dan adik-beradik saya turut akan lemah dalam mengharungi ujian yang amat pedih ini.
Di alam pekerjaan juga tidak kurang hebatnya cabaran dan kenangan yang menerpa sepanjang tahun 2014-2016 ini. Semenjak bertugas di Sekolah Pendidikan Khas khusus untuk murid-murid penglihatan ini, saya tidak lagi punyai masa dan ruang yang banyak untuk bersantai. ini kerana, tugasan yang diberikan oleh pentadbir kepada saya sama seperti tugasan yang diberikan kepada guru-guru lain. Alhamdulillah, di sini, mereka (pentadbir) tidak membeza-bezakan antara saya (guru yang tidak mempunyai penglihatan) dengan guru-guru yang lain. Tugasan yang diberi adalah sama rata, sama rasa. Saya diberi kepercayaan untuk menggalas tugasan sebagai ketua Panitia Matematik pada tahun 2015 sehingga kini yang sekaligus memberi kepercayaan kepada saya mengajar mata pelajaran Matematik untuk murid-murid tahun 6 yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Alhamdulillah, keputusan UPSR bagi mata pelajaran Matematik pada tahun 2015 amat membanggakan saya dan sekolah serta semua yang terlibat pada tahun 2015. Murid-murid tahun 6 pada tahun itu lulus semuanya sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam mata pelajaran ini. walau bagaimanapun, tahun ini masih lagi menjadi teka-teki kerana UPSR belum lagi mereka duduki. Saya tidak putus-putus berdoa agar mata pelajaran yang diajar oleh saya dan semua mata pelajaran yang mereka duduki dalam UPSR mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus kerana tahun ini mereka menggunakan format baharu untuk semua mata pelajaran. Harapan juga agar mereka sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik sepanjang musim peperiksaan ini.
Inilah di antara rencah kehidupan sepanjang tahun 2014-2016 yang dilalui oleh saya yang sempat dinukilkan. banyak lagi yang telah dilalui namun sama ada tidak dapat diingati oleh minda saya mahupun tidak terlalu penting untuk dikongsikan, maka dengan itu, ia tidaklah tercatat di dalam entry kali ini... semoga hari-hari mendatang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang memberikan impak yang positif di dalam kehidupan saya khususnya dan seluruh insan yang menyayangi dan disayangi oleh saya umumnya. Insya Allah.
Pohon doa daripada semua pembaca blog ini untuk saya istiqamah menerbitkan catatan sama ada berbentuk catatan peribadi mahupun catatan ilmiah untuk manfaat kita bersama, Insya Allah. Wallahu a'-lam.
Khamis, Julai 14, 2016
Rencah Kehidupan
assalamualaikum. Sememangnya begitu kehidupan ini. Kekadang kita gembira, kekadang kita berduka. Jadikanlah masa gembira kita itu masa yang paling berharga dalam kehidupan kita. Jadikanlah pula masa duka kita itu masa yang sesuai untuk muhasabah diri agar kita sentiasa berada di atas landasan kesyukuran kita kepada Allah Taala, tuhan pemilik kita yang mutlak.
Kita adalah kita yang sememangnya tidak akan menjadi orang lain. Oleh itu, kita perlulah sentiasa selesakan diri kita biarpun di mana zon kehidupan kita agar kita sentiasa menghargai diri kita. Benar, sememangnya kita memerlukan masa untuk mengubat semula duka dalam diri. Namun, percayalah, duka tidak akan selamanya menghambat kita, kerana suatu hari nanti ia akan menghilang ditelan waktu dan masa, ibarat roda, yang berada di atas dan di bawah. Bila kita berada di bawah, ianya adalah lumrah kehidupan yang perlu kita terima akan hakikat tersebut. itulah saat untuk kita membuktikan kepada Allah akan keutuhan iman kita tatkala kita diuji. Bergembiralah bagi kita yang sedang diuji dengan sedikit kedukaan, kerana Allah sentiasa memerhatikan dan menilai akan diri kita. Tiada tujuan lain, hanya untuk meningkatkan darjat kehidupan kita ke tingkat yang lebih tinggi. Untuk mendapatkan syurganya, bukan sedikit harga yang perlu kita bayar, malahan, mereka yang terdahulu lebih hebat lagi dugaan dan ujian yang diletakkan di bahu mereka. Ingatlah firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 286, yang antara maksudnya, "Tuhan kami, janganlah engkau meletakkan beban yang tidak mampu ditanggung oleh kami". Bila Allah berfirman sedemikian, ia sekaligus membawa maksud, Allah tidak akan sekali-kali akan menimpakan dugaan yang terlalu berat kepada hambaNya sehinggakan tidak mampu tertanggung oleh hambaNya itu.
Sentiasalah berdoa kepada Allah agar sakit dan pedih lantaran daripada kedukaan itu terhapus dengan segera dalam diri kita kerana Allah tidak akan sekali-kali membiarkan doa hambaNya berlalu begitu sahaja tanpa diperkenankan olehNya.
Selain itu juga, ingatlah kita sentiasa, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang terlalu bermakna dalam diri kita walaupun kedukaan itu tidak disukai oleh kita. kerana antara lain Firman Allah dalam Surah an-Nisa' ayat 19 yang bermaksud: "... kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)” (an-Nisaa’: 19).
Wallahu a’-lam.

Khamis, Februari 04, 2016
Talasemia
(bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan
hemoglobin
dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.
Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada
paru-paru
keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan
oksigen.
Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras
hemoglobin
(Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit
talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam
sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka
boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan
penyakit
Malaria.
Jenis
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
• Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
• Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Pembawa Talasemia[
sunting
|
sunting sumber
]
Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya.
Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)
Pesakit Talasemia[
sunting
|
sunting sumber
]
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)
Tanda dan gejala penyakit Talasemia
• Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila
mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
• Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
• Anemia
yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
• Jaundis
• Tumbesaran terbantut
• Perut buncit disebabkan pembengkakan
hati
dan limpa.
• Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
Rawatan penyakit Talasemia
• Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
• Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya
merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
• Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
• Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Saringan Talasemia
Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk
mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku
dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.
Persatuan Talasemia Malaysia[
sunting
|
sunting sumber
]
Projek Persatuan Talasemia Malaysia untuk menghubungkan para pesakit talasemia, ibu bapa, dan penjaga dengan anggota komuniti terpinggir (contohnya, komuniti
luar bandar). Tujuannya untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit berkenaan, mewujudkan hubungan dua hala yang interaktif dengan mewujudkan
pangkalan data yang memudahkan kajian dan pembentukan polisi.
Pautan luar
• Laman rasmi.
• Lebih lanjut mengenai Talasemia.
• Errant Gene Therapeutics - Caring for Orphan Diseases:
Thalagen - Gene therapy treatment for beta Thalassemia
• Templat:OMIM
(beta-thalassemia),
Templat:OMIM
(alpha-thalassemia)
• Cooley's Anemia Foundation
Leading the fight against thalassemia
• Northern Comprehensive Thalassemia Center:
Provides information about the disease and related matters.
• Thalassemia Free Pakistan,
A private charity foundation providing research material, and support for thalassemic patients and their families
• Thalassemia Overview (Latest Research)
• Thalassemia Patients and Friends:
Message board for those affected.
• Thalforum.com - Thalassemia Community Forum:
Thalassemia Discussion Forum for Thalassemia Patients, Families and Care-givers.
• Thalassemia Foundation of Canada:
• Hemoglobal
A fully registered Canadian charity providing medical aid to Sri Lankan children with thalassemia.
• Thalassemia Support Foundation
Helping Patients Find Hope
• Micrel Medical Devices
Sells Iron-Chelation equipment for Thalassemia patients
• Thalassaemia in India
Thalassaemia in India
sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Talasemia

Ahad, Mac 01, 2015
apa ni? tak faham.
assalamualaikum. setahun sekali Hati Kristal ni Update Blog ya? biarlah dia... kali ni Hati Kristal nak berkongsi pandangan berkenaan dengan kehadiran. kehadiran? ya, kehadiran. Kalau tetamu itu kita wajib hormati bermula hari pertama hingga hari ketiga, selepas itu, mereka harus bawa diri mereka sendiri dengan tidak menyusahkan tuan rumah. tetapi, jikalaulah tetamu yang dikatakan tetamu tu duduk berberminggu-minggu dah di rumah tuan rumah tu, kemudian tidak menyatakan hasrat untuk meninggalkan rumah tersebut, apa yang dinamakan orang itu ya? bukanlah tuan rumah itu nak berkira sangat, tapi, kekadang tuan rumah itu berasa kurang senang dengan sikap tetamu itu. tambahan pula, bila berlama-lamaan, hilanglah privasi tuan rumah tersebut. kesian tuan rumah tu. nak luah mati mak, nak telan mati bapak. (baru sekejap tadi ada dua orang lagi tetamu datang). jadilah tiga orang tetamu di rumah tuan rumah tu sekarang. sampai bila dua orang tetamu tu nak bertamu, tuan rumah tu tak tahu. wallahu a'-lam...
Jumaat, Mei 30, 2014
Kepimpinan, amanah yang akan disoal
assalamualaikum.
Firman Allah pada ayat 27-28 surah al-Anfaal :
Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
Kepimpinan merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan umat manusia pada setiap zaman, tempat dan ketika. Melalui al-Quran, kita dapat mengambil pengajaran penting daripada beberapa kisah para Nabi Allah yang Allah paparkan kepada kita seperti kisah Nabi Ibrahim a.s yang berdepan dengan kesesatan Raja Namrud, Nabi Musa a.s pula berdepan dengan kezaliman Firaun, manakala junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w berdepan dengan keangkuhan, kejahilan dan kedengkian Abu Lahab, Abu Jahal dan pemimpin-pemimpin jahiliah yang lain. Setiap masa dan tempat akan sentiasa berlaku pertembungan antara yang hak dan yang batil, kebenaran dan kesesatan, keadilan dan kezaliman, Islam dan jahiliah, cahaya keimanan dan kegelapan kekufuran sehinggalah kemenangan akhirnya berpihak kepada Islam.
Allah s.w.t menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat bagi sesiapa yang bijak memilih pemimpin yang adil serta menentang sebarang bentuk ketidakadilan dan kezaliman yang ada. Sebagai manusia yang muslim maka kita diajar oleh agama kita agar bersifat benar dalam tiap tutur kata, tindakan serta perbuatan kita. Apatah lagi jika kita adalah seorang pemimpin kepada masyarakat, maka adalah sesuatu yang amat hina mengaibkan apabila kita bercakap bohong atau menipu demi meraih sokongan orang ramai kepada kita. Ingatlah amaran Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim :
إِيَّاكُم وَالْكَذِبَ ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَلاَ يَزَالُ الْرجل يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّاباً - رواه البخاري ومسلم
Maksudnya : Berhatilah kamu dengan penipuan, sesungguhnya penipuan membawa kepada kejahatan (maksiat) dan kejahatan (maksiat) membawa kepada neraka. Seseorang itu berterusan dan bersunguh-sungguh pada menipu (berbohong) sehinggalah dia dicatatkan sebagai penipu (di sisi Allah s.w.t).
Firman Allah dalam ayat 55 surah an-Nuur :
Maksudnya : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
Ketika membicarakan tentang amanah kepimpinan maka ianya bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main atau remeh-temeh kerana ia adalah penentu kepada kebahagiaan atau penderitaan hidup manusia yang dipimpin di dunia dan juga di akhirat. Ingatlah pesanan Nabi s.a.w kepada seorang sahabat yang bernama Abu Dzar yang datang bertanyakan kepada Nabi s.a.w tentang jawatannya ketika sahabat-sahabat yang lain diberikan jawatan oleh Nabi s.a.w sedangkan Abu Dzar sendiri tidak diberi sebarang jawatan lalu Baginda Nabi s.a.w bersabda kepada Abu Dzar:
يَا أَبَا ذَرٍّ ! إِنَّكَ ضَعِيفٌ ، وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ ، وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْىٌ وَنَدَامَةٌ إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا ، وَأَدَّى الَّذِى عَلَيْهِ فِيهَا - رواه مسلم
Maksudnya : Wahai Abu Dzar! Sesungguhnya engkau lemah sedangkan jawatan itu adalah suatu amanah dan pada hari qiamat kelak kehinaan dan penyiksaan akan menimpa (mereka yang berjawatan) kecuali mereka yang telah mengambilnya dengan hak serta menunaikan setiap tanggungjawabnya.
Ketika Khalifah Harun ar-Rasyid menunaikan ibadah haji di Makkah, dia telah berjumpa dengan seorang Ulama’ yang sedang mengembala kambing-kambingnya di atas Jabal Rahmah berhampiran dengan padang Arafah, lalu ulama’ itu berkata kepadanya :
“Wahai Harun ar-Rasyid! Aku ini hanya seorang pengembala kambing sahaja, maka aku sudah pasti akan ditanya oleh Allah tentang diriku dan kambing-kambing peliharaanku sahaja di akhirat nanti, sedangkan engkau yang dilantik menjadi khalifah maka engkau bukan sahaja akan ditanya di akhirat nanti tentang rakyat yang sedang berada di bumi Arafah pada hari ini malah seluruh rakyat yang berada di bawah pemerintahanmu. Jika engkau berjaya menunaikan amanah kepimpinan dengan adil maka berjaya dan berbahagialah engkau di sana. Tetapi sebaliknya, jika sekiranya engkau mengkhianati amanah ini dan melakukan kezaliman terhadap rakyatmu maka celaka dan menderitalah engkau di dalam neraka Allah”.
Kisah ini memperlihatkan kepada kita semua bagaimana pentingnya gabungan dan kesepakatan antara umara’ yakni pemimpin dengan ulama’ dalam menguruskan urusan negara berdasarkan kehendak agama dalam memastikan negara diberkati dan dirahmati Allah s.w.t dan bukannya ditimpa pelbagai bala’ dan musibah silih berganti siang dan malam akibat penderhakaan terhadap Allah.
Allah s.w.t telah menjanjikan doa yang sentiasa dimakbulkan bagi seorang pemimpin yang adil. Begitu juga di akhirat nanti, pemimpin yang adil akan dipayungi di bawah naungan atau teduhan bayangan ‘Arasy Allah. Ia bukan suatu janji yang kecil dan ia juga bukan suatu janji yang mudah dicapai kecuali bagi seorang pemimpin yang sentiasa bertaqwa dalam menguruskan amanah kepimpinan yang telah diletakkan di atas bahunya.
Imam as-Syafi’e rahimahullah pernah berwasiat tentang 5 perkara yang mesti ada pada setiap pemimpin yang benar-benar bertaqwa kepada Allah serta jujur dalam kepimpinannya, iaitu [1] hendaklah benar dalam percakapan dan pertuturan, [2] hendaklah menjaga rahsia, [3] hendaklah menunaikan segala janji-janjinya, [4] hendaklah sentiasa memberi nasihat kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, dan yang ke [5] hendaklah menunaikan segala kewajipan dan amanah yang telah diamanahkan kepadanya dengan telus dan jujur.
Sekiranya negeri atau negara atau dunia dipimpin oleh pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t, nescaya rakyat akan menikmati kehidupan yang diberkati dan dirahmati oleh Allah. Tidak akan berlaku penyelewengan dan pecah amanah terhadap harta benda Negara. Rakyat jelata tidak akan dizalimi bahkan mereka akan hidup dalam limpahan rahmat dari Yang Maha Esa. Akan tetapi apabila yang di atas yakni pemimpin tidak bersifat amanah, maka yang di bawah yakni rakyat jelata akan turut tidak amanah tanpa rasa segan silu dan tanpa rasa bersalah. Benarlah kata penyair,
النَّاسُ عَلَي دِيْنِ مُلُوْكِهِمْ
Maksudnya : Manusia mengikut agama pemimpin-pemimpin mereka.
Apabila yang di atas yakni pemimpin sibuk melonggokkan harta kekayaan dan kemewahan dunia maka begitulah juga tabiat yang di bawah yakni rakyat jelata, apabila yang di atas yakni pemimpin seronok dengan hiburan yang melalaikan maka begitulah juga rentak hidup yang di bawah yakni rakyat bawahan, mereka juga akan lalai dihanyutkan oleh dunia. Sebaliknya jika pemimpin yang ada merupakan pemimpin yang taat dan patuh kepada perintah Allah serta melakukan amal soleh dan bersifat amanah serta jujur dalam kepimpinannya, maka rakyat di bawahnya juga akan mengikut jejak langkah pemimpin yang seperti ini. wallahu a’-lam.
Dipetik dan diubahsuai daripada halaman blog
http://seruankhatib.blogspot.com/2012/09/khutbah-kepimpinan-amanah-yang-akan.html
Rabu, September 11, 2013
Menyelami Peristiwa
Alhamdulillah, thumm alhamdulillah, thumm alhamdulillah,
thumm alhamdulillah, rabbil ‘aalamiin… di atas limpah kurniaNya, yang
menjadikan hambaNya yang terlalu hina ini berada di atas muka bumiNya ini dan
masih dipinjamkan secebis kehidupan bagi hambaNya ini menghadapi cabaran dunia
yang kian mencengkam ini. bersyukur setinggi-tingginya saya ke Hadrat Allah,
Rabbul-rahim, yang memberikan ihsan dan belas kasihanNya kepada hambaNya ini
seterusnya telah menyelamatkan hambaNya ini dari ditimpa marabahaya yang
memungkinkan cabaran-cabaran yang lebih besar pada hari-hari yang mendatang,
bukan kepada hambaNya ini, tetapi kepada insan-insan lain yang berada di
keliling hambaNya ini terutamanya isteri, anak, ibu, bapa, serta adik-adik
hambaNya ini. bersyukur kepadaMu ya Rabbi yang masih meminjamkan sedikit
kehidupan kepada hambaMu ini biarpun terasa ianya hampir berakhir pada ketika
itu. Allahu rabbi, tidak dapat diucap dan diungkapkan dengan kata-kata. Sedikit
coretan saya ini semoga ianya memberikan manfaat kepada kita semua, tidak kira
siapa, keseluruhannya yang terlibat, moga ianya dapat dijadikan iktibar untuk
kita semua.
Menjadi harapan saya, agar pembaca-pembaca akan coretan ini sama-sama
berfikir sedalam-dalamnya, apakah langkah yang wajar diambil agar peristiwa
yang saya anggap terlalu berbahaya ini tidak berulang, terutamanya kepada golongan
yang tidak berpenglihatan seperti saya ini. hakikatnya, kami perlu menggunakan
kenderaan awam seperti ini untuk ke tempat kerja khususnya dan ke tempat-tempat
lain umumnya, lantaran daripada keterbatasan kami untuk mengendalikan kenderaan
sendiri di jalan raya. Jika menaiki kenderaan awam yang dikatakan selamat ini
pun boleh mengundang bahaya kepada kami, apakah alternatif lain yang perlu kami
gunakan? Ataupun, apakah tindakan wajar yang perlu diberi perhatian agar peristiwa
ini tidak berulang lagi? pada saat peristiwa yang amat berbahaya itu berlaku
kepada diri saya, ketika itu saya sedang melangkah untuk memasuki pintu train
dengan penuh berhati-hati. Namun, sekelip mata sahaja ianya berlaku dan tidak
dapat saya berbuat apa-apa. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Wallahu a’-lam.
Seperti yang sedia maklum, dan pada yang belum maklum, pada
Hari Selasa, 27 Syawal 1434 Hijriah, bersamaan dengan 3 September 2013 yang
lepas, saya telah diuji dengan sedikit ujian yang telah dikurniakan oleh
pemilik seluruh alam ini. Allah Rabbul-Malik. Pada pagi itu, seperti biasa,
setelah bersalaman dengan isteri dan anak, saya keluar dari rumah dan menuruni
tangga untuk memulakan langkah ke tempat kerja. Alhamdulillah, perjalanan saya
pada masa itu lancar. Saya menaiki Putra-LRT dari stesen Taman Melati ke Masjid
Jamek seperti biasa, jam 6.23 pagi dan tiba di Masjid Jamek jam 6.46 pagi. Setelah
melangkah keluar dari Putra-LRT di stesen Masjid Jamek, saya berjalan
menyelusuri terowong pejalan kaki menuju ke stesen Star-LRT untuk ke tempat
kerja. Hasrat saya untuk turun di stesen Star-LRT Sultan Ismail, dari Masjid
Jamek. Saya berjalan seperti biasa, menaiki tangga yang entah berapa meter
tingginya dan masuk keluar lif, terus ke platform stesen tersebut. setelah tiba
di platform, train baru sahaja berlepas. Ini bermakna, train jam 6.53 pagi
sudah terlepas dan saya perlu menunggu train yang berikutnya. Jam 6.56 pagi,
train berikutnya tiba, dan setelah pintu dibuka, saya seperti biasa, melangkah
dengan berhati-hati untuk memasuki train tersebut.
Takdir Allah menentukan, setelah saya melangkah memasuki pintu
train, tiba-tiba saya rasa jangkahan saya amat jauh ke dalam dan tahu-tahu
sahaja saya telah berada di bawah train akibat terjatuh dari platform. Rupa-rupanya,
saya bukan melangkah ke pintu train, sebaliknya, saya telah melangkah di tengah-tengah
penyambung antara dua gerabak di bahagian dan belakang. Akibatnya, saya terjatuh
ke dalam platform dan berada di bawah train. Jatuh sahaja saya di bawah train
tersebut, dua sahaja yang saya terfikir, hidup atau mati. Ini kerana jika tidak
betul gayanya, saya akan dipijak oleh tayar train yang bakal bergerak sebentar
lagi.
Bersyukur ke hadrat Allah, pada waktu itu, dengan sepantas
kilat, Allah telah memberikan sedikit akal pada fikiran saya untuk menyorok di
bawah platform yang kebetulan di bawah platform stesen Star-LRT Masjid Jamek
itu ada sedikit ruang seperti kabinet dapur untuk saya berselindung di
bawahnya. Walau bagaimanapun, keyakinan saya untuk terselamat masih lagi kabur,
kerana sebelum itu. saya tidak tahu, di mana saya berada ketika itu. yang
pasti, saya berada di bawah suatu tempat yang atasnya saya ketuk seakan-akan
simen.
Setelah kedengaran pintu Star-LRT ditutup, maka saya
berdebarlah menunggu nasib saya sama ada kekal hidup, atau sebaliknya. Train berjalan
perlahan meninggalkan saya di bawah platform tersebut. setelah train melepasi
saya, saya rasa terlalu lega. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,
perasaan syukur yang amat kepada Allah kerana menyelamatkan saya daripada
menerima apa-apa musibah daripada peristiwa itu.
Setelah train melepasi saya, saya menunggu kalau-kalau ada
orang yang akan membantu membawa saya naik dari platform tersebut. hampir 3
minit setelah kejadian tersebut, kedengaran bunyi walkie-talkie pegawai-pegawai
Stesen Star-LRT Masjid Jamek. Butir biji bicaranya tidak dapat saya dengari,
yang pasti, saya mendengar suara jeritan dari atas “ada orang ke di bawah”,
lalu dengan spontan saya menjawab “ada!”. Mereka berbincang untuk menaikkan
saya dari bawah platform tersebut dan saya meminta mereka menyegerakan bantuan
terhadap saya kerana pada fikiran saya, saya perlu berada di tempat kerja
sebelum jam 7.30 pagi.
Setelah demikian, saya dibantu dengan seorang pegawai turun
ke bawah platform untuk menaikkan saya dan dibantu oleh dua pegawai di atas
untuk menyambut saya. berasa diri saya tidak mengalami sebarang kecederaan,
saya berasa amat bersyukur sekali. Pertamanya, saya terselamat daripada maut
yang seolah-olah menunggu saya di bawah platform tersebut, dan keduanya saya
tidak mengalami apa-apa kecederaan lantaran daripada insiden yang menimpa saya
itu.
Pegawai-pegawai tersebut menerima arahan daripada “Control”
untuk membawa saya ke bilik rehat dan memeriksa saya kalau-kalau terdapat
kecederaan. Walaupun saya meminta izin untuk bergerak ke tempat kerja kerana
waktu sudah agak lewat, mereka agak keberatan untuk melepaskan saya. Namun,
oleh kerana pada waktu itu saya berfikir, agak payah untuk saya menghadapi
situasi berikutnya andainya saya lewat masuk ke tempat kerja, saya bertegas
juga untuk ke tempat kerja. Mereka katakan baju saya kotor, namun saya tidak
mengindahkannya. Entah kenapa begitu fikiran saya pada hari itu. Yang saya
tahu, saya nak juga ke tempat kerja dengan segera. Seorang pegawai akhirnya mengiringi
saya menaiki Star-LRT ke Stesen Sultan Ismail, destinasi sepatutnya saya turun
train yang saya nak naik sebelum itu. Setelah saya berjanji untuk menemui
mereka semula pada tengah harinya, dan memberikan nombor telefon saya, barulah
pegawai tersebut melepaskan saya.
Saya mula terasa sakit-sakit di bahagian pinggang. Walau bagaimanapun,
saya gagahkan juga berjalan ke tempat kerja, dengan badan yang mula rasa
sakit-sakit, dan baju yang dikatakan kotor. Entah banyak atau sikit kotornya
saya tidak pasti. Yang pasti, tiba di tempat kerja, rakan sekerja menegur akan
kekotoran baju saya dan kecomotan tangan saya. Namun, persoalan tersebut tidak
dapat saya jawab, kerana saya tidak tahu, bagaimana untuk saya menceritakan
peristiwa itu kepada rakan sekerja saya. Dan sehingga coretan ini diterbitkan,
mereka masih tidak tahu akan peristiwa yang menimpa saya itu. Dan, akibat daripada
peristiwa itu, saya masih terasa sakit-sakit di bahagian pinggang hingga ke
tengah belakang. Mungkin akibat terhentak dengan kuat semasa terjatuh atau
sebagainya, wallahu a’-lam. Kepada isteri saya pun saya tidak bercerita akan
peristiwa ini hinggalah saya pulang ke rumah pada petangnya, baru saya
bercerita.
Akibat daripada peristiwa itu, saya berasa berdebar setiap
kali melangkahkan kaki memasuki train terutamanya Star-LRT. Fobia akan
peristiwa itu masih saya rasai hinggakan tsehingga coretan ini diterbitkan,
isteri saya masih lagi menghantar dan mengambil
saya pergi dan balik dari kerja. Saya perlu mendapatkan bantuan untuk
memulihkan perasaan takut den berdebar ini dalam jangka masa terdekat agar ia
dapat dipulihkan seperti sediakala.
Selasa, Ogos 27, 2013
pelbagai pengalaman telah dilalui
assalamualaikum. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. biarpun sudah agak terlewat, namun, sementara Bulan Syawal masih berbaki lagi ini, ucapan tersebut kiranya masih relevan untuk diungkapkan lagi kan? hehehe.
berbalik kepada tajuk yang telah saya tuliskan di atas, pelbagai pengalaman telah saya lalui semenjak coretan terakhir di halaman blog ini diterbitkan. namun, paling menyeronokkan adalah bila mana dapat menyaksikan sendiri dengan pelbagai deria yang masih berbaki akan proses tumbesaran permata kesayangan di hadapan saya sendiri. sehingga coretan ini ditulis, permata saya ini telah berusia lebih daripada 4 bulan. pelbagai telatah dia dapat saya saksikan, di samping perkembangan-perkembangan positif yang telah dia tunjukkan semenjak kelahirannya di atas muka bumi yang penuh dengan cabaran ini.
selain itu juga, pada 31 Julai yang lalu, tiga hari sebelum bercuti menyambut hari raya aidilfitri, saya telah mendapat surat kelulusan untuk bertukar ke SK Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Jalan Batu. kini saya telah mendaftarkan diri di sekolah tersebut dan bertugas di sana. banyak juga pengalaman-pengalaman baru yang telah saya lalui tatkala bertugas di tempat baharu ini. seronok, gembira, menggerunkan, semuanya ada. semoga ia menjadi satu cabaran untuk mendewasakan dan mematangkan pemikiran saya dalam menghadapi situasi-situasi yang lebih mencabar pada masa akan datang. saya seronok kerana dapat kembali mendidik kanak-kanak bermasalah penglihatan.

Khamis, Jun 20, 2013
masa senang sebelum masa sibuk
assalamualaikum. teringat antara kata-kata yang terdapat di dalam hadis nabi, ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara, di antaranya, masa senang sebelum masa sibuk.
inilah yang terjadi kepada saya pada semester kedua persekolahan pada tahun ini. walau bagaimanapun, masa tenang saya telah berakhir pada awal cuti persekolahan separa semester pertama lagi apabila isteri saya sudah tinggal di kampung menunggu hari untuk bersalin. pada waktu itu (selepas bermulanya separa kedua semester pertama), saya sudah terlibat dengan mesyuarat selama seminggu. kemudian, balik ke kampung, kononnya isteri dah nak bersalin. tapi tak jadi. datang semula ke Kuala Lumpur dan bertugas di sekolah seperti biasa. balik semula selama seminggu kerana isteri bersalin. kebetulan anak masih tidak dibenarkan keluar hospital, duduklah si ibu di hospital dengan anak. saya pula berulang-alik dari rumah ke hospital untuk menghantar apa yang perlu. tamat cuti seminggu, saya datang semula ke Kuala Lumpur untuk bertugas selama seminggu. kemudian, bercuti pula untuk pilihan raya dan hadir semula untuk bermesyuarat lagi. kemudian terlibat pula dengan penyediaan soalan peperiksaan pertengahan tahun di sekolah. tidak cukup dengan itu, saya sendiri juga turut mengambil peperiksaan akhir semester di IPGK Ilmu Khas. huh... habis cuti semester pertama. rehat seketika selama kurang lebih dua minggu di rumah (kampung).
habis cuti semester pertama, masuk sahaja semester kedua, saya dikejutkan dengan dengan tiga panggilan untuk menghadiri mesyuarat dan kursus. seminggu pertama saya dipanggil untuk menghadiri mesyuarat anjuran Bahagian Buku Teks dari hari Isnin hingga Sabtu. rehat tiga hari, minggu ini, bermula Selasa hingga Jumaat pula saya dipanggil untuk menjadi Jurulatih Utama Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk para guru yang bakal menjadi jurulatih utama negeri mereka masing-masing. kedua-dua mesyuarat tersebut berlangsung di Hotel Seri Petaling, Kuala Lumpur. balik daripada mesyuarat, saya akan dikunjungi oleh emak-emak saudara yang datang dari Kelantan bagi menghantar isteri dan anak saya yang baru habis berpantang ke Kuala Lumpur (pulang ke pangkuan suami dan abi, hehehe)
pada minggu hadapan pula, sehari saya berada di sekolah dan kemudian bermesyuarat pula di Hotel Peninsula Damansara anjuran Bahagian Buku Teks dari Hari Selasa hingga Khamis. mesyuarat apa saya tak tengok surat lagi. ada dia beritahu, tapi saya tak ingat. kemudian, selesai semua mesyuarat tersebut, Jumaat Insya Allah saya akan masuk semula ke sekolah. lama dah tak jenguk sekolah. guru besar sarankan saya duduk di Jabatan sahaja. penat dia tengok saya lama tinggal sekolah. duduk sekolah bukan buat apa pun. hehehe.
selepas itu, tak tahulah apa pula jadual saya. harap-harap semuanya ok-ok saja la kan...
** tapi, saya taklah sesibuk perdana menteri britain... babai...

Isnin, Jun 17, 2013
cuba terbitkan catatan
assalamualaikum. tak reti dah menulis di halaman blog ni. tiap kali buka dashboard ni, ada je yang berubah. tak faham betul. hahaha. ni cuba-cuba je ni kalau-kalau tulisan ni berjaya diterbitkan kan... kalau percubaan ini berjaya, insya allah ia akan memberikan semangat kepada saya untuk terus menulis. kalau tidak, hmmm... entahlah. ada juga yang bertanya, kenapa saya tak update blog. saya nak update sebenarnya (helah bela diri) tapi, tiap kali saya tulis je apa-apa di blog ni, saya tak berjaya untuk terbitkan. sebab tu la, akhir sekali, dibiarkan begitu je blog ni tak ter-update. kita tengok kali ni ya.. berjaya ke tidak... hehehe. babai...
Isnin, Mac 25, 2013
entah ape tah tajuk dia.
assalamualaikum. cuti dah tiga hari berlalu, tapi saya tak balik Kelantan lagi. malam ni baru nak balik, dengan kereta api dengan isteri.. hehehe. bosan la tuuu. tak de ape nak tulis... hehehe.
Jumaat, Mei 25, 2012
Selamat bercuti
Alhamdulillah, diam tak diam, kita telah berada di penghujung semester pertama sesi persekolahan bagi takwim Negara kita Malaysia. Pada hujung semester, akan adalah peperiksaan yang dijalankan bagi menguji pengetahuan murid-murid sepanjang pembelajaran di semester pertama tersebut. Kebanyakan sekolah telah Berjaya melangsaikan tanggungjawab mereka bagi mengadakan peperiksaan pertengahan tahun sebelum berakhirnya cuti semester ini. Menjelang cuti yang akan tiba, maka bergembiralah murid-murid dan para pelajar sekolah. Tidak kurang hebatnya para pendidik juga. Setelah berpenat lelah mendidik anak bangsa yang tercinta, dua minggu secara rasminya diperuntukkan kepada mereka untuk merehatkan diri sambil merapatkan tali silatul rahim bersama-sama dengan keluarga tercinta.
Namun, di sebalik cuti yang diperuntukkan, akan adalah sesetengah para pendidik yang akan sibuk dengan tugasan-tugasan rasmi masing-masing yang tidak membolehkan mereka berehat dengan tenang. Ada yang terpaksa memasuki kelas-kelas di institute-institut pendidikan guru sebagai pelajar kepada mana-mana program pensiswazahan perguruan, yang difahamkan ada di antara mereka akan memasuki kelas secara terus-menerus bermula dari 26 Mei hingga 9 Jun 2012 ini, ada yang perlu menanda kertas jawapan peperiksan pertengahan tahun, ada juga yang dihantar untuk menghadiri kursus-kursus anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran negeri masing-masing di bawah bahagian-bahagian tertentu, ada juga yang perlu mengadakan kelas-kelas tambahan sebagai persediaan untuk peperiksaan-peperiksaan awam yang bakal menjelang pada hujung tahun nanti, dan macam-macam lagi tugasan yang perlu diusaikan oleh para pendidik ini. maka benarlah kata orang, pendidik tidak hanya mendidik di sekolah sahaja, tetapi lebih daripada itu. Justeru, apa pun tugas dan tanggungjawab para pendidik pada waktu cuti ini, hadapilah ia dengan tenang, kerana ianya telah ditentukan oleh yang maha kuasa.
Pada kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid dan tidak ketinggalan rakan-rakan pendidik semua. Semoga dengan peruntukan dua minggu cuti ini, dapat kita merehatkan diri untuk membawa semangat yang baru mendidik anak bangsa apabila semester dua bermula pada 11 Jun 2012 nanti, Insya Allah.
Khamis, Mei 24, 2012
Bersyukur ke Hadrat Ilahi.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Azza Wa Jalla yang telah meminjamkan sekali lagi kehadiran Bulan Allah yang penuh berkat ini, di mana, bulan ini juga adalah antara empat bulan-bulan Haram, iaitu Bulan Rejab yang terkenal dengan sirah yang agung di dalamnya, kepada hambaNya di atas muka bumi ini. Bulan yang penuh rahmat ini dikurniakan untuk ke sekian kalinya lagi kepada kita dengan tujuan, kita dapat memanfaatkannya sebaik-baiknya dengan melakukan ibadat-ibadat sunnah yang penuh dengan kemanisan sementara menanti menjelangnya bulan yang dikhususkan untuk Umat Rasulullah, iaitu Ramadhan yang diiringi oleh Bulan yang dikhususkan untuk Rasulullah, iaitu Bulan Sya’ban sejurus sebelumnya itu.
Bulan Rejab yang terkenal dengan sirah perjalanan Rasulullah SAW yang telah diperjalankan oleh Allah Subhanahu wata’ala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, seterusnya naik ke langit untuk menerima wahyu solat lima waktu secara langsung daripada al-Khaliq, yang dikenali juga sebagai peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini harapnya dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh hambaNya yang mengetahui akan kelebihan-kelebihannya.
Semoga Allah memanjangkan usia kita semua untuk meni’mati Bulan Rejab hingga ke hujungnya, seterusnya bertemu dengan Bulan Sya’ban dan menemui bulan yang paling dicintai oleh orang-orang yang soleh, iaitu bulan yang dikhususkan untuk kita sebagai umat Rasulullah, Ramadhan al-Mubarak nanti. Berdoalah kita semua agar impian kita ini didengari oleh Allah dan seterusnya memperkenankan doa dan permintaan kita ini hendaknya, Insya Allah. Amin…
Rabu, Mei 23, 2012
termenung seketika
catatan tanpa edit.
hehehe. termenung kejap. memikirkan apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2006 hingga sekarang. rupa-rupanya, telah banyak pengalaman pahit manis, suka duka, perit-jerih, dan lain-lain perkataan pro-kontra lagi aku lalui. bujang... waktu ini waktu bujang. waktu tiada siapa yang mendampingiku secara kekal (sudut duniawi) melainkan dampingan-dampingan kecil yang kekadang singgah, datang dan pergi mengikut peredaran masa melalui jalan yang dibentangkan oleh Ilahi. kehidupan bujangku sudah hampir berakhir. tidak sampai 10 hari lagi, Insya Allah aku akan diberi pula suatu kehidupan baharu, kehidupan yang lain daripada kehidupan aku sebelum ini di atas dunia yang fana ini, kehidupan berkeseorangan di waktu malam sunyi, kehidupan yang penuh liku dan madu. tapi kehidupan selepas ini adalah sebuah kehidupan yang lagi mencabar dan lagi manis madunya. madu? oppsss. (orang perempuan tak suka perkataan madu ni). jadi, aku mohon kepada rakan sahabat, agar doakanlah aku kepada Allah agar aku dapat menempuhi kehidupan bersama pasangan yang difitrahkan oleh Allah untuk setiap manusia ini penuh dengan kebahagiaan dan kerahmatan serta keredhaan daripada Ilahi. Redha ibu bapaku amat kutagih untuk sepanjang masa dari dunia hingga akhirat yang paling penting bagi mencapai keredhaan Allah. aku mohon kekawan agar mendoakan aku akan keharmonian dalam rumah tangga dan kesejahteraan dalam perhubungan yang suci yang telah dan akan dikurniakan oleh ilahi. dah, dah, cukup termenung.. gi jaga periksa tu. termenung pulak dia... hehehe...

Selasa, Mei 22, 2012
blog ni guna setting baru ke?
kan dah salah... baru edit balik.. hehehe ni yang betul.
alamak, waktu aku nak mencatat sesuatu, aku buka dashboard blog aku. tiba-tiba je setting semua dah berubah. setting baru ke ni? dah tak guna link dah. banyak guna button lak. dah padan muka aku. tu la. rajin sangat mencatat. sampai blog berubah pun tak tahu. ha, hambik kau, terkial-kial jugak nak mencari catatan baru. dulu apa tah perkataan dia. aku pun dah lupa. ok la. nak belajar setting dalam blog ni jap. nantilah aku catatkan sesuatu. ni testing je. kot jadi, alhamdulillah. kot tak jadi, aku je yang tahu aku tulis ni, sebab semua ni datang daripada otak aku. hehehe. cau cin cau...

Ahad, Mac 04, 2012
Sekadar Luahan
Assalamualaikum. Terasa terpanggil pulak hendak meluahkan rasa yang sudah terpendam hamper tiga bulan ini. Rasa? Hehehe.. bukan tidak puas hati, atau sakit hati, atau iri hati atau apa jua yang berkaitan dengan hati. Tetapi sedikit terkilan dengan proses pembahagian yang dijalankan.
Pembahagian? “Apa pulak kau merepek ni?” Hehehe… sebenarnya, saya sedang memikirkan entah di mana silapnya… siapa yang silap… apa yang silap… hinggakan saya dan beberapa orang yang senasib dengan saya menerima ujian yang sama. Mana tidaknya, SAYA, dan beberapa orang lagi guru yang bermasalah penglihatan (tidak mempunyai penglihatan langsung atau mempunyai penglihatan terhad), yang mempunyai kelulusan pengajian dalam pendidikan khas, Pengkhususan Masalah Penglihatan, atau sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan, (sama ada diploma/ijazah sarjana muda/ijazah sarjana), (bukan bertujuan bermegah-megah dengan sedikit kelulusan yang ada, namun sekadar hendak menunjukkan pengkhususan sahaja), yang jika difikir-fikirkan wajarlah ditempatkan di Sekolah Pendidikan Khas (SPK)/Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Penglihatan, kini ada ditempatkan di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (selepas ini saya tulis sebagai PPKI LD sahaja).
Bila ditanya mengapakah saya ditempatkan di PPKI LD ini? Jawapan mereka yang bertanggungjawab, SPK/PPKI Masalah Penglihatan yang tuan/puan mohon tiada kekosongan. Jika tiada kekosongan, mengapakah diluluskan permohonan pertukaran saya? Apakah butang kelulusan ditekan terlebih dahulu dalam borang permohon Online saya baru disemak sama ada terdapat ruang kosong di SPK/PPKI Masalah Penglihatan tempat permohonan saya itu? Sedangkan permohonan saya itu jelas, memenuhi semua kehendak dan keperluan mereka sama ada untuk meluluskan atau pun tidak.
Bila ditanya lagi, alasan selanjutnya diberi ialah tidak mengetahui saya ini guru yang bermasalah penglihatan. bagaimana tidak mengetahui saya ini guru bermasalah penglihatan, sedangkan saya telah mencatat di ruang “sebab pertukaran” bahawa saya ialah guru bermasalah penglihitan. Adakah mereka tidak membaca setiap sebab pertukaran yang dikemukakan sehingga tidak mengetahui saya ini adalah guru bermasalah penglihatan? bagaimanakah sebab-sebab yang dikemukakan oleh guru-guru lain dalam borang pertukaran mereka itu? Adakah tidak dibaca jugakah? Atau, bagaimana hendak diketahui seseorang guru itu mempunyai kecacatan atau tidak sedangkan pernyataan untuk menunjukkan fizikal seseorang guru itu tidak disisipkan ke dalam borang online itu?
Wooo.. penatnya membebel. Itu semua soalan-soalan yang “saya” lontarkan kepada mereka yang bertanggungjawab. Alasan yang akhirnya diberikan ialah mereka terlepas pandang. Hmmm… tak faham, tak faham… tiada alasan yang mampu lagi diberi, entah bila mereka bermesyuarat, bila ditanya lagi, jawapan yang diberi, mereka tidak mahu guru-guru yang bermasalah penglihatan ini ramai sangat dalam sesuatu SPK/PPKI Masalah Penglihatan, cukup hanya dua orang sahaja setiapSPK/PPKI Masalah Penglihatan. Beberapa alasan lain yang diberikan kemudiannya untuk menyokong faktanya itu yang menyebabkan hati dan perasaan saya yang sudah sekian lamanya sensitif ini terguris dan terkilan. Entah dari mana fakta kenyataan itu mereka peroleh, saya tidak pasti.
Bagi saya, tidak kisah di mana saya ditempatkan, asalkan saya mampu memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada mereka. Namun, jika diletakkan saya di PPKI LD, bagaimanakah saya mahu mengajar mereka? Hal ini terbukti, setelah hamper tiga bulan saya ditempatkan di PPKILd ini, tidak banyak yang boleh saya sumbangkan kepada mereka. Kasihan murid-murid saya. Mereka tidak bersalah. Saya yang gagal menunaikan tanggungjawab saya sebaiknya lantaran daripada “ikan kembung yang dipaksa hidup di atas darat” oleh mereka yang saya anggapkan tidak bertanggungjawab. Andainya anda dapat bayangkan,anda sedang menutup mata, anda mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran, mampukah anda menunaikan tanggungjawab tersebut sebaiknya? Saya rasa sudah tentu tidakkan? Anda bayangkanlah murid-murid bermasalah pembelajaran itu bagaimana. Mereka tidak seperti murid-murid bermasalah penglihatan. terdapat murid-murid yang langsung tidak boleh belajar, terlalu hiper active, dan macam-macam lagi. Hanya yang benar-benar khusus dalam bidangnya sahaja mampu mengajar dengan baik murid-murid itu kerana mereka dilatih dengan pelbagai kaedah yang sesuai untuk mengajar dan mengejar mereka. Bagaimanakah seorang guru yang tidak mempunyai penglihatan untuk menghadapi murid yang hiper active? Dapat anda bayangkan? Logikkah penempatan ini?
Selain itu, rugilah ilmu yang saya dan beberapa orang guru bermasalah penglihatan lain yang senasib dengan saya miliki, andainya tidak dimanfaatkan sebaiknya, dan tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya. Andainya saya dan mereka yang senasib dengan saya ditempatkan di sekolah yang betul, sudah tentu, ilmu yang kami miliki hasil daripada apa yang kami pelajari bertahun-tahun di institute-institut pengajian guru mahupun university-universiti dapat dimanfaatkan dengan sewajarnya. Murid-murid yang akan diajar pun adalah murid-murid yang kami mampu kendalikannya, Wang yang dialirkan untuk membayar upah kami pun tidak dibazirkan begitu sahaja lantaran daripada pengendalian tugas yang tidak sempurna.
Tidak adil andainya meminta bayi yang baru lahir berlarikan? tidak adil untuk meminta sang kerbau terbangkan? Tidak adil untuk meminta orang pekak mendengar radiokan (kecuali Kevin, Kevin boleh dengar radio… manalah Kevin sekarang ya? Hehehe. Lama tak jumpa Kevin.).
Bertindaklah sewajarnya bila kita berada di atas, tiada masalah yang tidak ada penyelesaian. Pelbagai pintu rundingan boleh dibuka bagi memastikan definisi adil itu dapat di praktikkan. Definisi adil? Apa dia ya? Meletakkan sesuatu pada tempatnya. Berbuat senanglah kepada orang bawah kita sebelum mereka mengadu kepada saluran-saluran yang bukan sewajarnnya. Andainya dibuat demikian, tahu pula hendak melenting, katanya tidak disalurkan di tempat yang betul. Bila disalurkan di tempat yang sewajarnya, sehingga sekarang nasib saya dan rakan-rakan yang senasib dengan saya masih belum dibela. Tiga bulan, lama tu. Terlalu lama. Terlalu membazir masa yang telah dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang manfaat yang dapat diberikan. Wallahu a’lam.
Selasa, Februari 28, 2012
demam yang berpanjangan
assalamualaikum. sedar tak sedar, kita dah berada di penghujung bulan Februari 2012... cepat sungguh masa berlalu. tak terkejar rasanya... "siapa suruh kejar"... hehehe...
dalam pada Bulan Februari sudah menemui penghujungnya, keadaan cuaca terutamanya di negara kita khususnya, dan Negara-negara lain umumnya, masih lagi tidak menentu. sekejap panas, sekejap hujan. Ini akan menyebabkan keadaan kita menjadi agak tidak selesa bila mana kita senantiasa berpanas dan berhujan untuk berjalan ke sesuatu tempat. Tambahan pula, aktiviti berjalan itu adalah merupakan aktiviti seharian yang wajib kita lakukan, yang tidak boleh tidak dilakukan, di mana, jika tidak dilakukan akan menyebabkan punca rezeki kita tidak akandiperoleh.
Sekiranya antibody kita lemah, akan keraplah kita diserang dengan demam, batuk, sakit tekak dan lain-lain penyakit pakej yang biasanya datang bersama-sama dengan demam itu.
Suka saya mengingatkan kepada diri saya dan rakan-rakan pembaca sekalian, agar perbanyakkanlah minum air suam supaya kita tidak terhidrasi lantaran daripada persekitaran yang tidak menentu ini. Tambahan lagi kepada mereka yang seharian bertugas di tempat yang berhawa dingin, bila berada di tempat tersebut akan berasa kesejukan, manakala bila keluar ke tempat biasa, akan terasalah kepanasan yang akhirnya menyebabkan tekak akan berasa kering dan mudah terkena sakit tekak yang mengakibatkan batuk dan sebagainya.
Hal ini sudah saya rasai di mana, dalam tempoh satu bulan, sudah dua kali saya didatangi oleh Encik Demam yang sedikit sebanyak mengganggu kerja-kerja harian saya. Bila dia (Encik Demam) datang kepada saya, biasanya ia akan membawa sekali kaum keluarganya iaitu batuk, sakit tekak, sakit dan pening kepala, yang akhirnya memaksa saya membaringkan diri seharian di atas katil sambil dilitupi oleh selimut yang tebal ke seluruh badan saya.
Akhirnya, melayanglah sepuluh dua ringgit lantaran daripada keterpaksaan saya untuk menemui doctor bagi mendapatkan ubat sebagai ikhtiar bagi merawat penyakit yang ditanggungi. Kalau bernasib baik, dapatlah sijil cuti sakit sehari dua untuk memberikan saya peluang rehat di rumah. Di kala coretan ini ditulis pun, tekak saya terasa kembali mulai kesakitan lantaran sudah lebih daripada 24 jam saya berada di tempat yang berhawa dingin, dan tempat ini harus saya duduki sehinggalah ke hari Jumaat, bagi menyelesaikan tugasan yang diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia kepada saya. Justeru, saya harus mengingatkan diri saya sendiri sekarang, agar perbanyakkan minum air suam, air masak dan segala mak nika air yang boleh memberikan badan saya ini banyak air.
Moga-moga coretan ini bukan sahaja sekadar tulisan bagi memenuhi masa terluang selepas penat bertugas, malahan, ia akan memberi manfaat kepada saya khususnya, dan kepada kita semua umumnya… Insya Allah…
(saya bukan doctor, tapi saya hanya nak tegur, hehehe)…
Ahad, Februari 26, 2012
catatan malu-malu
Assalamualaikum. kenapa catatan ini diberi tajuk catatan malu-malu? hehehe... kerana saya berasa malu untuk mencatat lagi. malu kerana sudah lama tidak mencatat. tiba-tiba malam ni nak buat catatan pulak. sebenarnya, saya terlupa kata laluan untuk memasuki papan pemuka "DeskBoard" pada blog ini. itulah sebabnya agak lama tidak mencoretkan catatan baru. entah bagaimana, sekonyong-konyong, saya terjumpa semula kata laluan blog ini di dalam telefon bimbit lama saya. alhamdulillah, jadi, saya cuba buka blog ini, dapat pula akses ke dalamnya. jadi saya tulislah sedikit catatan untuk memberi penjelasan mengapa saya sudah lama tidak menulis. harapan saya, kepada yang bertanya akan persoalan tersebut, moga-moga terjawablah sudah persoalan itu. hehehe. tulisan macam budak-budak pula ya? berbelit-belit bunyinya. macam baru belajar menulis. almaklumlah, saya tidak hadir kursus menulis, jadi ayat pun tunggang-terbalik. lagipun, dah lama tidak menulis... hmmm... alasan, alasan. macam-macam alasan si Suhaimi ni. hehehe. apa-apa pun, doakan saya kembali aktif menulis di dalam blog ini ya? salam kemaafan kepada semua. cau cin cau....
Rabu, Januari 12, 2011
JADUAL PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2011
Assalamualaikum. bagi kemudahan semua penjawat awam, saya sertakan jadual pembayaran gaji untuk kita semua pada tahun ini, tahun 2011. semoga ianya memberikan manfaat kepada kita semua...
JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2011
Januari: 25.01.2011, SELASA
Februari: 24.02.2011, KHAMIS (Tahun Baru Cina 03 & 04.02.2011)
Mac: 24.03.2011, KHAMIS
April: 25.04.2011, ISNIN
Mei: 24.05.2011, SELASA (Pesta Manuai 30 & 31.05.2011)
Jun: 23.06.2011, KHAMIS (Hari Gawai 01 & 02.06.2011)
Julai: 25.07.2011, ISNIN
Ogos: 24.08.2011, RABU (HariRaya Puasa 30 & 31.08.2011)
September: 22.09.2011, KHAMIS
Oktober: 20.10.2011, KHAMIS (Deepavali 26.10.2011)
November: 24.11.2011, KHAMIS (HariRaya Haji 08.11.2011
Disember: 19.12.2011, ISNIN (Hari Krismas 25.12.2011)
*Nota: Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan
Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia
http://www.anm.gov.my/

Rabu, November 17, 2010
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adhha
assalamualaikum. di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adhha 1431 Hijriah kepada semua pembaca halaman blog ini. semoga Aidil Adhha kali ini menyedarkan kita betapa besarnya makna akan peristiwa-peristiwa yang terkandung di sebalik kewujudan akan hari raya ini. dan seterusnya, peristiwa-peristtiwa seperti perintah Allah terhadap Nabi Ibrahim A.S. untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S., yang akhirnya Allah gantikan dengan peristiwa penyembelihan seekor Qibash, peristiwa melontar batu yang merupakan simbolik kepada perejaman Nabi Ismail A.S terhadap syaitan Laknatullahi 'Alaihim akibat syaitan tersebut menggoda Nabi Ismail agar mengingkari perintah Allah itu, dan peristiwa-peristiwa lain di samping itu menjadi pengajaran kepada kita semua bahawa, kita hanya Makhluk Allah SWT, dan selayaknya kita diuji oleh Allah SWT dengan ujian-ujian yang kita mampu untuk hadapinya. kerana Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hambaNya itu. sedangkan Nabi Allah, Ibrahim Khalilullah dan Nabi Ismail A.S sendiri pun diuji, apatah lagi kita, cuma hambaNya yang imannya lebih nipis daripada kulit bawang ini, akan lebih layak diuji olehNya dengan ujian-ujian yang kadang-kala membuatkan kita terjelepuk jatuh ke bumi dan tidak mampu lagi bangun untuk melawannya. namun, sedarlah kita semua, ujian-ujian yang Allah berikan kepada kita itu sebenarnya adalah ujian yang mampu kita hadapi, andainya Allah tempat kita meletakkan harapan dan tempat kita bergantung. namun, andainya bukan Allah tempat sebenar-benarnya kita berharap dan menggantungkan harapan, sebab itulah kita jatuh terjelepuk ke bumi dan tidak mampu lagi untuk bangun semula melawan ujian yang diberikan itu.
Semoga, Hari Raya Aidil Adhha ini juga dapat melipatgandakan pahala kita semua dengan Ibadah Qurban yang kita lakukan dan dapat mencapai Haji yang Mabrur bagi mereka yang sedang menunaikan Rukun Islam terakhir itu di Makkah al-Mukarramah tika dan saat ini. akhirnya, semoga kita semua ditempatkan dalam kalangan Hamba-hamba Allah yang soleh dan solehah, diampunkan segala dosa, dipermudahkan segala urusan, dimakbulkan segala niat dan diberi kebaikan di dunia mahupun akhirat hendaknya, Insya Allah. Wallahu A'-lam.
Salam Aidil Adhha.

Langgan:
Catatan (Atom)