Rabu, Oktober 14, 2009

Aduh, Perit!!!!

Sabda Nabi yang bermaksud: sesiapa yang tidak mengasihani, dia tidak akan dikasihi. (Riwayat Bukhari)

macam-macam orang bercintakan? ada yang melalui sms, ada yang melalui friendster, ada yang berkenalan secara tidak sengaja, ada yang dikenalkan oleh orang tua, dan macam-macam lagi.

tapi betul ke orang kata, cinta yang dimulakan oleh ibu bapa tu benar-benar akan membawa bahagia?

entah la. yang pasti, apabila bercinta, semua indah. berselisih faham seketika pun dah tak senang hati. sebab apa? sebab takut kehilangan si dia. kalau kehilangan si dia macam mana? perit oooo! hehehe, pengalaman tuuuu!!!

tapi, bercintalah seikhlasnya kerana Allah. hanya allah yang mampu membahagiakan kita semua. tak kiralah dengan siapa kita bercinta, yang penting, sandarkanlah cinta kita tu kepada Allah.

terimalah dan tolaklah seseorang kerana Allah, bukan kerana fizikalnya. andai Allah mengizinkan kita bercinta dengan orang yang kita sayang, berbahagialah. Andai sebaliknya, mungkin Allah punyai rencana terbaik untuk kita. terimalah seikhlasnya keputusan allah itu.

kita merancang sesuatu, namun Allah lebih arif tentang perancangan kita. Allah merupakan sebaik-baik perancang.

Betul… kita sayang pada orang yang pernah kita sayangi, tapi, ingatlah, jika berpisah dengannya sebelum tiba masanya yang sebenar, maka sudah tentu Allah punyai hikmah untuk kita fikirkan. Kenapa aku tidak dengan dia? Kenapa aku putus dengan dia? Kenapa aku bukan untuk dia? Kerana… ya, mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita. Dia bukan yang terbaik untuk kita jadikan penyeri hidup kita. Dia bukan yang terbaik untuk menjadi ayah/ibu kepada bakal anak-anak kita. Dia baik, tapi bukan untuk dimiliki oleh kita. Kita baik, tapi bukan untuk dimiliki oleh dia.

Bersabarlah andainya kita diuji dengan batu sebesar Tanah Tinggi Genting Highlands ini. Kerana ni’mat Sebesar syurga akan kita perolehi suatu hari nanti. Tidak di dunia, di akhirat. Bersabarlah andai kita diuji sehebat Nabi Noh ini kerana kita akan diberikan kebahagiaan seperti Nabi Yusuf dan Zulaikha. Percayalah.

Insya allah. Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya selama-lamanya. Dia adalah Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kita akan berbahagia suatu hari nanti, lebih daripada kebahagiaan yang kita kecapi sebelum ini. Insya-Allah.

2 ulasan:

  1. sememangnya hidup ini indah dan lebih indah jika kita dapat apa yang kita impikan.. tp tak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan..jika dia bukan milik kita ,.mungkin ada yang lebih baik untuk kita ..sampai masanya kita akan jmpa jua..bersabarlah dan ingatlah Allah sentiasa ADIL pada hambaNya

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum, sahabat.

    Benar lagi tak tersangkal; hanya Dia yang memiliki segalanya, termasuk qadha dan qadar kehidupan kita. Justeru, pertemuan dan perpisahan juga merupakan antara ujian keimanan yang pasti ditempuhi, khasnya antara pakwa dan makwa. So, siapa yang ikut frust dia, guarantee rugi, betul tak? Bak kata pepatah, "Ikut nafsu, lesu; ikut rasa, binasa; ikut hati mati; ikut Tuhan, aman ..."

    Terima kasih.

    BalasPadam

komen sikit...