Isnin, Oktober 05, 2009

harga rokok naik 1 sen

assalamualaikum. hmmm... tertarik saya baca artikal ni. walaupun kenyataannya pendek, namun saya rasa sudah cukup untuk membuat pengemar-pengemar kepada "batang" mengelabah. batang apa? hehehe, batang rokok la.

cuba baca ni.

Isnin Oktober 5, 2009

Harga rokok naik satu sen

PETALING JAYA: Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan minggu lalu, syarikat pengedar tembakau dari Amerika dan Britain telah menyemak semula harga bagi rokok jenama yang dikeluarkan oleh syarikat masing-masing.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat tembakau tersebut hari ini, perokok kini perlu membayar pada harga yang lebih tinggi dengan kenaikan satu sen bagi setiap batang rokok dan kenaikan tersebut berkuat kuasa serta merta.--M Star Online

pada pandangan saya, agak bertuah bagi mereka yang tidak menghisap rokok kerana tidak perlu lagi berfikir-fikir berkenaan kenaikan harga rokok ni. tapi agak malang sedikit la, bagi mereka yang juga penggemar-penggemar rokok ni kerana "1 sen" bagi setiap batang rokok akan naik serta-merta.

bukan apa, jika dikira dengan kiraan Matematik mudah, 1 sen untuk sebatang. kalau 10 batang sehari, 10 sen dah perlu ditambah kepada perbelanjaan harian. kalau seminggu, 70 sen. kalau sebulan, RM2.80.

banyak tuuuu.... tu pun belum lagi pembentangan belanjawan 2010 oleh pihak kerajaan. saya optimis, harga rokok akan naik lagi dalam pembentangan tu nanti berdasarkan kepada faktor-faktor kegawatan ekonomi negara, pengurangan beberapa jenis cukai yang melibatkan kekurangan aliran masuk kewangan negara dan keadaan kewangan kerajaan pada masa kini.

jadi selepas ini, penggemar-penggemar rokok perlulah menyediakan perbelanjaan tambahan sekiranya anda masih terus untuk menghisap rokok.

fikir-fikirkanlah.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    saya setuju sangat seperti yang diperkatakan. dan baru-baru ini kerajaan lagi sekali menetapkan harga sebatang rokok minimum 32 sen. Itu saya rasa rokok yang tidak berjenama dan sudah tentu isi kandungan amatlah merbahaya berbanding dengan rokok-rokok berjenama yang lain.
    Dan seperti biasa kita boleh mengharapkan yang kerajaan tidak akan duduk diam dengan rokok. selagi ianya bernama rokok yang mengandungi tembakau selagi itulah ianya akan dibanteras habis-habis.
    walaupun saya tidak menghisap rokok saya dapat bayangkan betapa sengsaranya perokok bukan dari sahaja kesihatan malah kewangan.
    Sama-sama kita renungkan.

    BalasPadam

komen sikit...