Selasa, Oktober 13, 2009

mengimbas kenangan silam

Assalamualaikum.

Seronokkan waktu sekolah dulu? Macam-macam pengalaman pahit, manis, suka, duka dan macam-macam la. Dah tua-tua ni, bila duk sorang-sorang kat rumah, teringat zaman kecik-kecik dulu.
Tapi sayang ek? Aku Tak ada gambar-gambar kenangan waktu sekolah dulu. Entah. Hilang ke, atau pun memang tak ambil langsung gambar.
Mungkin tak ambik gambar kot. Sebabnya, dulu-dulu, aku ni penyegan orangnya. Bukan apa, orang kata, bila aku ambik gambar, muka aku mesti masam walaupun aku dah habis bergaya mensenyumkan diri. Hehehe. Sebab tu la aku melarikan diri bila orang nak ambik gambar aku. Hehe.

Kalaulah diberi peluang untuk kembali ke zaman kanak-kanak, kan best? Ya tak? Ramai kawan-kawan aku masa tu. Tapi sekarang, diorang dah entah ke mana dah. Ada jugak la aku jumpa diorang yang duduk kat KL tu. Diorang kerja kat sana. Tapi tu beberapa orang je. Tak semua. Kawan-kawan lain ramai lagi yang tak dapatku hubungi. sekarang ni kawan-kawan kerja je la yang ada kat Seremban ni.

Agak-agaknyakan. Kalau la diorang baca coretan ni, boleh la kan, kita berhubung semula. Boleh kita bincang-bincang untuk buat reunion ke, perjumpaan ke. Ya tak? hehe. dapatlah kita bersembang-sembang panjang. kalau jumpa gerenti macam-macam cerita punya yang keluar. jumpa dengan kawan-kawan yang boleh aku hubungi pun dah macam-macam cerita kenangan yang kitaorang imbas. kadang-kadang tu diulang-ulangkannya berkali-kali. tak jemu-jemu pulak tu. hehehe.

Hmmm…. Tu zaman kanak-kanak. Zaman remaja? Hehe. Biasanya zaman remaja ni penuh onak duri, ranjau kehidupan. Almaklum la. Dah remaja. Hati tengah melonjak-lonjak. Waktu di sekolah dulu, kitaorang budak-budak sekolah menengah ni dibenarkan keluar untuk membeli-belah di pusat-pusat membeli-belah di sekitar kawasan sekolah.
Wah, macam ayam terlepas dari reban la kitaorang. Seronoknya dapat keluar hujung minggu. Dapat makan nasi goeeng kampong kat stesen bas pun dah happy dah. Kadang-kadang tak beli apa pun keluar, semata-mata nak keluarkan diri dari asrama je. Bosan. Asyik terkurung je. Tak buat apa.

Banyak lagi pengalaman-pengalaman best-best masa zaman budak-budak dulu. Nantilah aku cite kat kauorang dari semasa ke semasa. OK? Insya allah.

3 ulasan:

  1. Mi, mung igt x kita x balik kg. masa raya haji? Kita gi semayang kat tmn ten ork? sebab masjid MPT x buat semayang raya, kita gi jalan kaki ke ah ke taman ten? wase mcm x lojik je..ke kita naik kete ustaz Jai? aku wase x saboh naik kete ust Jai, aku igt kita sarapan je ke rmh dia

    BalasPadam
  2. ingat sgt2. kita jalan kaki. lepas tu kita gi makan umah dia. dia yang pelawa kita g smbhyang jumaat dgn dia. pastu dia dtg bilik aku. dia tanya aku nak g dok smbhyang jumaat. masa tu dah nak azan dah. aku kt nak gi gok sikit-sikit. dia pelik sebab aku tak siap apa2 lagi. hehehe. gile ork.

    BalasPadam
  3. hor ye ah sikit2..gila smayang nok gi sikit2 kahkahkah

    BalasPadam

komen sikit...