Ahad, Oktober 18, 2009

dah nak habis dah?

Assalamualaikum. Sedar tak sedar kita dah minggu-minggu terakhir bulan Oktoberkan tahun ni? macam-macam dah kita lalui sepanjang bulan ni. raya pun dah. rumah terbuka sana-sini tu. kenyang perut. terima kasih la yang jemput gi rumah terbuka tu. rumah saya kalau ada rezeki lain tahun la saya buat rumah terbuka. hehehe. Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang pun dah, gembiralah pada yang menang, bersabarlah pada yang kalah. menang tak selamanya menang, kalah tak selamanya kalah. bersabarlah. Yang menang jangan suka sangat, yang kalah jangan sedih sangat. Sambutan perayaan Deepavali pun sudah. perhimpunan Agung UMNO pun dah, yang belum lagi bajet 2010 je. tu pun tak lama lagi. Jumaat ni je. tontonlah TV kalau nak tengok pembentangan Bajet 2010 Jumaat nanti. manalah tahu, ada apa-apa habuan untuk kita ke. hehe.

hmmm... Sudah semestinya orang yang paling sibuk pada minggu-minggu terakhir bulan Oktober ini ialah cikgu. Mana taknya, mereka semua sekarang ni sibuk menyediakan soalan-soalan peperiksaan bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2009 sekolah masing-masing.


Saya tak terkecuali dalam hal tersebut. Agak sibuk beberapa hari ni menyediakan soalan-soalan peperiksaan akhir tahun. Ada 7 kertas soalan yang perlu saya siapkan menjelang peperiksaan akhir tahun pada 2 November nanti. BM kertas pemahaman tahun 2, BM kertas penulisan tahun 2, Sains Tahun 2, Matematik Kertas 1 tahun 1, Matematik Kertas 2 tahun 1, Matematik Kertas 1 Tahun 6 dan Matemeatik Kertas 2 Tahun 6. huhuhu… banyak tu. Soalan-soalan tu semua untuk murid-murid penglihatan yang saya ajar di sekolah ni. hehehe… ni pun tak siap lagi.

Fikir-fikir kembali dah macam penggubal soalan peperiksaan dah saya ni. Hehehe.

Tak apalah. Demi tugas dan tanggungjawab, saya redah jugalah.

Kepada cikgu-cikgu yang sama-sama dengan saya membina soalan untuk peperiksaan akhir tahun tu. Saya ucapkan selamat membuat soalan. Jangan malas-malas tau. Hehehe.

4 ulasan:

  1. tu la. aku pun naik gila dah. tujuh kertas tu. tak pernah dibuat orang

    BalasPadam
  2. ala biasalah tu mi...kawe siap 8 set soalan ..tu baru siap soalan ..pasni bahagian penandaan pulak..sekelas paling tidak 30 orang murid..emm nasib baik pastu cuti-cuti malaysia hehe

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum, Cikgu/Ustadz ...

    Hebat betul, ya? Kena buat kertas soalan untuk budak-budak nampak pulak? Tentu banyak cabarannya, kan? Bolehlah kongsi permasalahan/cabaran menyediakan kertas soalan sebegitu pada artikel lain, ya? Teruskan.

    BalasPadam

komen sikit...